Thursday 19 July 2012

KENANGAN BERPUASA


Assalamualaikum guys , korang apa khabar? sihat? pertama aku nak minta maaf sebab aku dah lama sangat tak update blog . Apa cerita aku sekarang ni? takde cerita sangat sebenarnya . Cuma aku nak bagitau Sabtu ni 21 Julai 2012 bermula lah puasa iaitu bulan Ramadhan bagi semua yang beragama islam di seluruh dunia , Selamat Berpuasa !

Bila cerita pasal berpuasa ni ,aku teringat masa aku kecil dulu. Normal bagi semua budak-budak susah untuk berpuasa penuh sama juga dengan aku dulu . Aku ingat arwah mak aku cakap kalau taktahan puasa "setengah hari" je . Ingat lagi dulu balik je sekolah singgah bazar ramadhan minta ayah mak macam-macam . Bila dah masuk waktu berbuka makan sampai tak habis ,yang habisnya habis aku kena marah dengan ayah . Bila teringat balik memang kelakar dengan batal puasa nya dengan sakitnya . Semua tu kenangan masa kecil . Aku percaya masing-masing pun ada kenangan masa kecil waktu berpuasa kan? 

Aku teringat arwah mak ,bila kejut aku sahur . Aku susah untuk bangun ,sampai bila dah bangun terpaksa ,aku marah-marah ,aku hentak-hentak kaki sebab kacau aku tidur . Bila aku teringat balik aku rasa bersalah dengan Mak aku . Aku rindu mak aku . Kalau boleh aku nak putarkan masa ,aku nak mak kejut aku pada waktu sahur,aku nak pergi bazar ramadhan dengan mak aku ,aku nak tolong mak aku masak kat dapur dan aku nak beraya dengan mak aku . Tapi sayangnya masa tak boleh diputarkan balik ,ternyata Allah S.W.T lebih sayangkan mak . Shahrul harap mak sentiasa bersama orang yang beriman . Terus terang aku cakap ,aku lemah tanpa mak aku . Apa yang aku mampu buat hanya menadahkan tangan dan berdoa keatas Allah S.W.T supaya menjaga mak aku .

Sekarang aku dah besar ,tanpa arwah mak cuma hanya ada  Ayah ,abg dan akak . Lagipun aku berjauhan juga dengan Ayah . Aku kena pandai berdikari untuk bepuasa penuh . Mungkin sifat sayang Shahrul kat ayah ,ayah tak nampak tapi shahrul rindu ayah . Kalau boleh puasa pertama ni shahrul nak sambut dengan ayah . Tapi Shahrul minta maaf ,shahrul taknak balik johor bahru sampai habis puasa . Jaga diri ayah . 

Selamat Berpuasa , Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment